06 July 2009

Misteri Istilah Wahabi, Adakah 'Misteri'?

Dalam ruangan rencana, akhbar Mingguan Malaysia 5 Julai 2009 (semalam: klik sini) seorang ahli akademik menulis sebuah artikel pendek dengan judul 'Misteri Istilah Wahabi'. Artikel tersebut dapat difahami menerusi nadanya adalah bertujuan untuk mempertahankan kelompok wahabi..

Usaha beliau memberi sisi pandang yang positif terhadap wahabi menerusi artikel tersebut adalah merupakan hak beliau untuk berhujah yang diraikan. Hak yang sama harus diberikan untuk memberi pula sisi pandang yang negatif terhadap wahabi. Saya akan memberikan sisi pandang tersebut di sini.

Sesungguhnya tidak ada yang misteri pada kalimat Wahabi. Ia hanyalah satu usaha defensif yang sia-sia. Kita telah lama mengetahui perangai wahabi. al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir telah mengajar kita, tulis Allahyarham:

“Pada abad-abad yang berikutnya tokoh yang paling banyak membicarakan supaya umat Islam kembali kepada aqidah salaf ialah Ibnu Taimiyah. Dilanjutkan oleh muridnya Ibnul Qaiyim al-Jauziyah. Kemudian dilanjutkan dengan Muhammad bin Abdul Wahab, daripada beliau inilah dinisbahkan istilah kaum wahabi oleh golongan yang tidak menyetujui fahamannya. Dalam proses yang begitu lama golongan yang tersebut memang ditolak oleh ulama sedunia dari semua mazhab termasuk juga ulama dunia Melayu kerana yang disebarkan oleh mereka adalah dianggap bertentangan dengan ahlus sunnah wal jamaah. Hal tersebut, baik ulama dunia luar atau pun ulama dunia Melayu, bukannya menolak aliran salafi akan tetapi yang tidak meyakinkan ialah fahaman yang diajarkan oleh mereka itu belum tentu sesuai dengan ajaran salaf yang sebenarnya.”

Sila rujuk lanjut al marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia Melayu, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1999.

Jelaslah al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir menegaskan wahabi “memang ditolak oleh ulama sedunia dari semua mazhab”, ini termasuklah ulama syiah. Apa pula keterangan ulama syiah tentang wahabi ini?

“Sekali lagi sekte baru tiba-tiba berkembang dalam komunitas Muslim. Rasa sesal muncul saat terbentuknya kekuasaan Haramain Syarifain yang ditempatkan di bawah kepemilikan kelompok ini, sebagai hasil dari bentuk kompromi dengan Inggris dan negara-negara adikuasa lainnya pada masa itu. Juga disebabkan oleh bubarnya Khalifah Utsmani, serta pembahagian negara-negara Arab di antara kalangan negara adikuasa, kaum wahabi yang berasal Najd mendapatkan kontrol atas daerah Makkah dan Madinah, begitu juga dengan peninggalan Islam. Mereka mengerahkan seluruh daya usaha dalam menghancurkan makam-makam para wali Allah, dan dalam pelanggaran dengan penghinaan terhadap keturunan Nabi saw dengan meruntuhkan kuburan-kuburan mereka dan peninggalan-peninggalan historis lain yang disandarkan kepada mereka.

Pada saat itu juga, para ulama syiah bersama-sama para ulama sunni sebagaimana telah kami sebutkan di muka, berusaha sangat keras mengkritik pandangan-pandangan Abdul Wahab. Kedua kelompok memulai jihad ilmu dan lojika dalam sikap yang sebaik mungkin."

Sila baca lanjut Ayatullah Ja’far Subhani, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Ajarannya (terjemahan Arif M dan Nainul Aksa), Penerbit Citra, Jakarta, 2007.

Nah jelaslah, sejak dari awal, sunni dan syiah telah bergotong royong membetulkan sikap dan keterpesongan kumpulan wahabi ini. Untuk mereka yang meneliti sejarah seperti yang disebut sepintas lalu oleh Ayatullah Syeikh Ja’far Subhani di atas, persekongkolan wahabi dan keluarga Saud untuk menumbangkan sistem khilafah dengan didalangi British, bukanlah lagi satu rahsia (atau misteri). Hal ini misalnya dibongkar oleh Imran N Hossein, anak murid Maulana Muhammad Fadzlur Rahman Ansari, seorang ulama sufi terkenal yang pernah berguru dengan penyair terkenal dunia Islam Muhammad Iqbal.

Saya hanya mahu menurunkan sedikit sahaja pandangan Sheikh Imran:

“By supporting Ibnu Saud the British were now ensuring that so long as the Saudi-Wahabis ruled over the Hejaz, the Caliphate could never be revived…”

Di dalam bukunya, Imran telah berjaya membuktikan kewujudan wahabi sangat dibantu dan didorong oleh penjajah British dalam usaha untuk menjatuhkan pengaruh kerajaan Othmaniyyah, memecah belahkan umat Islam selain merebut Palestina dari tangan umat Islam untuk diberi kepada Zionis.

Silalah merujuk Imran N Hossein, The Caliphate-The Hejaz and the Saudi Wahabi Nation State, Masjid Dar al-Quran, New York, 1997. (Buku ini boleh dibeli di Saba Islamic Media.)

Tujuan penubuhan wahabi untuk memecah belahkan umat Islam itu masih berlangsung sehingga hari ini. Bacalah pandangan Dato Dr Harun Din di sini:

“Pada pegangan sesetengah ulama di Arab Saudi, mereka tidak mahu dan mengatakan tidak boleh sama sekali mentakwilkan sifat-sifat Allah. Mereka melarang takwil seumpama yang saya sebutkan di atas.

Kata mereka, kalau tangan Allah, maka tanganlah, jika muka, maka ia muka Allah. Di sinilah mereka melarang sehingga menjatuhkan hukuman syirik seperti yang anda dengari sebagaimana yang disebutkan….

Adalah patut dijadikan perpaduan ummah itu sebagai suatu kemestian. Kita hanya menjelaskan apa yang kita pegang sahaja. Jangan sesekali mempertikaikan apa yang orang lain lakukan.”

Dato Dr Harun Din, Perbahasan Mengenai Mazhab As-Sya’airah, Harakah 9-12 Jamadil Awal 1430 H.

Saya turunkan pandangan Dato Dr Harun Din di atas kerana ustaz-ustaz yang malas mengkaji di luar lebih kenal beliau dari Ayatullah Ja'far Subhani dan Syeikh Imran Hossein. Sumbernya juga murah dan mudah iaitu dari Harakah.

Baik tuan-tuan, bagaimanakah caranya puak wahabi berdepan dengan kritikan mereka yang tidak selari dengannya. Mudah sahaja, bila mereka panik, wahabi akan menuduh mereka yang anti kelompok wahabi sebagai ‘syiah’ atau ‘muktazilah’. Ini adalah taktik mengalihkan perhatian seperti yang biasa dilakukan anak-anak di padang permainan. Contohya mereka menuduh Syeikh Hassan al-Saqqaf sebagai seorang syiah tanpa asas dan bukti kukuh. Sedangkan beliau adalah ulama sunni yang cintakan perpaduan. Ustaz Zamihan misalnya membongkar cara kerja wahabi ini:

“Akan tetapi, apabila kitab-kitab tadi dilihat dapat mengkontradiksi kitab-kitab al-Albani dan aliran al-Wahabiyah serta ibnu Taimiyah, beliau mula dituduh sesat, penyebar fahaman mu’tazilah, penganut syiah dan sebagainya. Tuduhan ini turut menjalar kepada Syeikh al Muhaddith Mahmud Said Mamduh, Syeikh al Muhaddith Muhammad Alawi al Makki, Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan al Buthi, Syeikh Ali al-Majzub, Syeikh Sa’id Foudeh , Syeikh Abi Hasanain al Makki dan lain-lain yang seangkatan dengan beliau. Atau mana-mana sahaja ulama yang beraliran Asya’irah Nusantara. Hal ini seakan menjadi satu tradisi bagi aliran salafiyah-wahabiyyah yang teramat bencikan Asya’irah. Dan penularan kebencian ini turut subur sehingga membawa konflik semasa dan fitnah dalam masyarakat nusantara."

Zamihan al-Ghari, Menjawab Kritikan Terhadap Fahaman Wahabiyah di Malaysia, Syathariyah Niagajaya, Kuala Lumpur, 2002.

Sunni, syiah, sufi semuanya menolak wahabi. Jadi, tidak ada misterinya tentang wahabi. Kajian banyak pihak telah berjaya dan secara meyakinkan, membuktikan wahabi adalah aliran ‘ganas’ yang didalangi British; bertujuan untuk memporak perandakan umat Islam dan melagakan mazhab-mazhab yang sedia harmonis seperti mazhab sunni dan syiah.

Mereka kelihatan separa berjaya dalam usaha itu, maklumlah mereka berkuasa di dua tanah suci. Orang jahil yang naik haji akan terpesona. Tetapi tidak semua orang jahil, tentunya.

Kalau kita mendokong perpaduan umat Islam (sunni-syah), kita akan sentiasa dimusuhi dan difitnah oleh puak (wahabi) ini. Kerana mereka perasan merekalah purist atau pemurni agama.

Misteri apanya wahabi?

05 July 2009

Kalau Jerusalem Post Memuji

Ingatkah anda bila Jerusalem Post memuji seorang tokoh di negara kita selepas pilihanraya umum yang lalu?

Baik, Jerusalem Post sebuah akhbar terkemuka di Israel telah melaporkan pada 1 Julai baru-baru ini bahawa kerajaan Iran telah menggantung sampai mati enam orang penyokong Mir Houssein Mousavi, penentang terdekat Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihanraya Presiden republik Islam Iran yang lalu.

Adakah berita ini benar?

Laporan media asing termasuk media zionis memang pandai memutar belit fakta. Caranya tidaklah susah benar untuk diterka dan dipastikan. Mereka akan merujuk sumber 'yang boleh dipercayai' atau 'satu sumber yang tidak mahu dikenali' dan kemudian menyatakan 'sumber tersebut tidak dapat disahkan'.

Lihat contoh laporan tersebut:

Berita dari Israel (
di sini)

As the Iranian authorities warned the opposition on Tuesday that they would tolerate no further protests over the disputed June 12 presidential elections, a report emerged of the hangings of six supporters of defeated candidate Mir Hossein Mousavi.

Speaking after Iran's top legislative body upheld the election victory of incumbent Mahmoud Ahmadinejad, sources in Iran told this reporter in a telephone interview that the hangings took place in the holy city of Mashhad on Monday. There was no independent confirmation of the report.

Underlining the climate of fear among direct and even indirect supporters of Mousavi's campaign for the election to be annulled, the sources also reported that a prominent cleric gave a speech to opposition protesters in Teheran earlier this week in which he publicly acknowledged that the very act of speaking at the gathering would likely cost him his life.

"Ayatollah Hadi Gafouri said that the Imam [Ayatollah Ruhollah Khomeini] never wanted [current supreme Leader] Ali Khamenei to succeed him. He even went to say that the Islamic republic died the day the Imam did," one source said.

Other criticisms from senior clerics over the regime's handling of the elections and subsequent protests included a report from a Persian news agency, which on Tuesday quoted a senior cleric from the city of Esfahan, Ayatollah Seyyed Jalaleddin Taheri-Esfahani, defending Mousavi against the regime's criticisms.

The ayatollah was quoted as saying: "Is it a case of justice to see that an honorable and modest Seyyed [a descendant of the household of the prophet Muhammad], who until the last moments of Khomeini's life was a dear and close companion of that grand leader, is now considered to be a rioter and an agent of arrogance who must be punished?"

On Monday, witnesses said thousands of policemen and Basij militiamen carrying batons were deployed in Teheran's main squares to prevent any recurrence of the opposition protests. Drivers who so much as shouted "Allahu Akbar" or beeped their horns had their windows smashed by the Basiji and riot police.

Women police, better known as the Sisters of Zeynab, are also now out in force, the witnesses said.

"Some people are still going out into the streets, but there is despair and sadness," said one source. "Now we are told that [pro-Mousavi] green bands are illegal, which is ironic because it symbolizes the color of Islam."

On Monday, the daughter of former president Hashemi Rafsanjani, spoke a gathering of opposition protesters in Teheran's Enqelab Square, sources said. "Mrs. Faezeh Hashemi arrived and tried to give the people some words of encouragement," said one, "but the police broke up the rally within minutes."

He added, "My nephew saw one of these Sisters of Zeynab beat down an elderly woman with no mercy. When he tried to intervene, saying to her, 'Miss, she is like your grandmother,' the woman turned around to get a Basiji to deal with him."

Mousavi's Facebook page is still carrying messages aimed at quashing the notion that he is caving in. "He did not give in to the Guardians Council," runs one new message. "Mir Hossein Mousavi is not under house arrest, he is not about to leave the country, he is under strong pressure to end this, but he always said he will stand up for the people's will to the end! He is from and with the people."

Amid the talk of despair and quashed protests, one defiant reformist supporter told this reporter: "The regime wants the world to think they have won. Don't believe it... Even if this regime is about to collapse, they would not let anybody know until their final hour."

Apakah yang sebenarnya berlaku?

Seiring dengan hukuman hudud menurut syariat (berdasarkan fekah Ja'fari: penduduk Iran majoritinya penganut mazhab fekah Ja'fari) hukuman gantung sampai mati yang dijalankan bukanlah ke atas penyokong kumpulan pembangkang seperti yang didakwa oleh Jerusalem Post. Sebaliknya mereka yang dihukum adalah penjenayah seperti pengedar dadah.

(Lihat
di sini)

An Iranian official has denied reports that six people who had protested against the results of the June 12 presidential vote were hanged in the city of Mashhad.

"No-one has been detained or executed during the post-election turmoil in Mashhad," the city's Chief Prosecutor Seyyed Hassan Shariati said in an interview.

In a recent report, the Israeli Jerusalem Post daily had cited anonymous sources as claiming that six supporters of defeated candidate Mir-Hossein Mousavi had been hanged in Mashhad.

The paper claimed that sources had told it that the hangings occurred on Monday, after the results giving the incumbent President Mahmoud Ahmadinejad a second term in office were confirmed by the country's election supervisory body, the Guardian Council.

Although the report had not been confirmed independently, it also appeared on the website of USA Today.

"We will launch an official lawsuit against the source of this rumor or lie, if we locate him/her," Shariati said.


Berita sebenar (
di sini) tentang hukuman ke atas penjenayah, bacalah di sini.

Twenty people convicted of drug trafficking have been hanged in a prison in Karaj, a suburban city west of the Iranian capital.

According to Fars news agency, the drug traffickers were aged between 35 and 48 and had been arrested between 2004 and 2008.

Approximately 700 kilograms of drugs, comprising of heroin, cocaine and opium, was confiscated from the drug traffickers.

The majority of the drug traffickers already had criminal records, read the report.

Their cases were initially sent to an amnesty committee; however, their appeals were turned down by a majority of the votes.Murder, rape, armed robbery and drug trafficking are among the crimes punishable by death under the Iranian law.

Apakah pengajaran dari putar belit ini? Saya teringatkan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas dalam muktamar di Shah Alam baru-baru ini, bahawa gerakan Islam di negara ini belum ada mekanisme khusus untuk menebat dan mengenalpasti musuh ummah. Tidak susah Datuk, carilah dari sumber musuh itu sendiri; di situlah musuh kita terkujur sedia menerkam. Dan buat Ketua Pemuda PAS eloklah menjalankan agenda perpaduan ummah dari meraba terkucil dikerjakan musuh ummah.

03 July 2009

Rahsia Ummi

Aneh sekali saya pernah mengarang sebuah novel seperti ini. Memang aneh. Saya cuba mengingat kembali bagaimana novel ini sampai terdampar di tangan saudara. Rahsia Ummi pernah terbit pada tahun 2003. Kali ini dengan sampul dan edisi baharu Rahsia Ummi kembali ‘menghantui’.

Sesetengah kalangan menyifatkan Rahsia Ummi adalah percubaan gagal saya menulis sebuah novel cinta antara manusia. Tidak mengapa, setiap pengarang akan menulis paling kurang sebuah karya gagal. Namun, terdapat pembaca yang amat menyukainya. Tidak sedikit yang terbuai rasa dan menahan air mata. Malah ada lamaran untuk diadaptasi ke layar perak yang hanya saya sambut dengan ketawa.

Rahsia Ummi mungkin tidak dapat menonjol kerana tiada yang riuh tentangnya sedangkan hampir setiap karya saya memiliki formula riuh dan kompleksiti.

Rahsia Ummi ditulis lama dahulu. Sekiranya pembaca meneliti terasa banyak lipatan zaman telah berlalu. Ada isyarat-isyarat ia dikarang di hujung tahun 90an. Saya sendiri memikirkan imej Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang amat segar dipercik pada Rahsia Ummi kerana saya pernah menetap di sana selama setahun. Persekitaran itu ingin saya dokumenkan. Mungkin itu hanya keinginan peribadi kerana saya dapat mengulang-kenang era saya menuntut di Universiti Malaya. Di sini juga terhampar pengalaman menjambatani integrasi dengan mampir sekejap di Sabah dan Sarawak. Juga upaya saya memain-mainkan bahasa puitis.

Sebagai pengarang yang bertatih di permulaan, saya juga mengalami perit penolakan karya oleh penerbit bergengsi. Rahsia Ummi saya tulis demi memenuhi kehendak sebuah penerbitan. Sedang kala itu kedahagaan saya menuntut dan memerlukan ruang, peluang dan tempat untuk mencurah kreativiti yang bertimpaan.

Pengaruh filem terasa menguasai Rahsia Ummi. Mungkin kerana itu ada tawaran untuk diadaptasi ke filem. Gerak dan sudut penceritaan ibarat gerak dan pemilihan sudut sebuah kamera. Mungkin saya terilham filem In The Mood of Love sewaktu menulis Rahsia Ummi. Latar dan mood novel ini kelam, suram, lambat dan melankolia. Ada dakwaan ia cuba menghiris khalayak seperti filem hindi, Mohabbatein. Mungkin juga saya mengarang novel sepedih ini kerana berada di bawah sihir kanun moden Jose Saramago berjudul Balthasar and Blimunda. Ada khalayak yang bahkan memberitahu saya Rahsia Ummi sungguh misteri sepertinya Cinta Fansuri karya Datuk A. Samad Said.

Mengapa Rahsia Ummi diberi pakej baharu?

Hari ini, Alhamdulillah saya telah berkembang sebagai seorang pengarang. Kebanyakan novel saya intinya wacana, naratifnya penuh liku dan sarat ideologi. Untuk pembaca yang pertama kali mengenal Faisal Tehrani, membaca karya-karya mutakhir saya terasa mendera. Saya mendengar keluhan mereka. Sering saya mencadangkan supaya pembaca yang mahu berjinak-jinak dengan karya saya supaya memulai dengan Tunggu Teduh Dulu yang lebih mesra khalayak. Maka, kerana itulah Rahsia Ummi tampil lagi. Supaya dapat memberi ruang pilihan yang lebih buat pembaca yang baru mahu mengenal saya. Setelah berani dengan Rahsia Ummi, logisnya pembaca baharu akan berani dengan karya saya yang lebih berat timbangannya.

Lain dari itu Rahsia Ummi adalah antara kembara saya dalam bidang penulisan. Perjalanan sejuta batu bermula dengan inci pertama. Rahsia Ummi adalah permulaan saya tersebut. Niat ini ialah supaya karya-karya saya dapat berhimpun sekali. Juga demi memberi kemudahan buat penggemar karya saya mencari novel-novel awal Faisal Tehrani yang amat sukar didapati di pasaran.

Rahsia Ummi harus disikapi seadanya. Ia sebuah karya saya yang paling ‘aneh’ dan kekal ‘aneh’. Keanehan dan keluarlaziman yang ditawarkan berbanding novel saya yang lain itulah yang menjadikan ia ‘aneh’, dan ‘aneh’ sungguh ia masih dicari pembaca sehingga hari ini.

02 July 2009

Mana Setangginya? Mana Fitrahnya?

MASIH baru sahaja pementasan Mana Setangginya berakhir di Istana Budaya. Naskah Mana Setangginya adalah karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan. Menurut cakap-cakap di belakang ia sepatutnya dipentaskan sepuluh tahun lalu oleh Istana Budaya tetapi ditolak 'pihak atasan' Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan waktu itu kerana dianggap keras dalam kritikan politiknya. Saya tidak berminat dengan kritikan politik Noordin Hassan dan tidak penting menghujahkan berani atau tidaknya beliau sebagai pengamal teater. Era politik yang dikritik beliau tersebut telah pun berakhir meskipun ada yang akan menghujahkan ia kekal relevan pada bila-bila masa. Keras lembut kritikannya tidak lagi penting kini. Yang ingin saya perkatakan di sini ialah aspek teks Mana Setangginya dan pementasan yang diarahkan oleh Zaifri Husin itu.

Noordin adalah aktivis teater yang terkenal dengan drama seperti Anak Tanjung, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Jangan Bunuh Rama-Rama atau Bukan Lalang Ditiup Angin? Sebelum memperkatakan mengenai pementasan tersebut wajar untuk kita menghimbau konsep teater Islam yang dipelopori Noordin Hassan. Pada hujung tahun 70 an setelah gagasan sastera Islam menjadi fenomena, obsesi sastera Islam turut mendapat tempat dalam genre drama dan pementasan. Sasterawan Negara Noordin Hassan mengemukakan konsep ‘teater fitrah’.

Rahmah Bujang salah seorang pengkaji drama di Malaysia, menyatakan Noordin Hassan pertama kali membawa ciri keislaman menerusi dramanya Bukan Lalang Ditiup Angin pada tahun 1969. Gaya ‘dramatik Islam’ Noordin Hassan menjadi lebih ketara apabila seterusnya terbit pula drama beliau yang antara lain berjudul Jangan Bunuh Rama-rama, 1400 dan Anak Tanjung. Noordin Hassan menjelaskan tentang teater fitrah dalam esei ‘Intipati falsafah teater fitrah’ (lihat Teater Fitrah dan Esei Pilihan 2002) sebagai; “Suatu pegangan falsafah hidup manusia yang boleh dijadikan jiwa teater kita ialah keyakinan kepada hakikat Islam bahawa fitrah manusia berkehendakkan mereka beriman kepada Allah. Sekiranya manusia telah beriman kepada Allah mengikut lunas-lunas Islam, maka timbullah secara automatik soal akidah, syariat dan pegangan hidup dan mati kita adalah kerana Allah. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa fitrah manusia berkehendakkan iman terhadap Allah kerana keimanan merupakan kunci kepada satu pegangan hidup; dan saya percaya ini boleh dijadikan jiwa kepada falsafah teater kita”.

Noordin seterusnya menyandarkan falsafah ‘teater fitrah’ beliau itu kepada ayat 172 dari surah al A’raf yang menunjukkan bahawa manusia sejak di alam roh telah pun berikrar mengakui keesaan dan kebesaran Allah, manusia meskipun ateis akhirnya akan terpaksa kembali kepada fitrah ini iaitu kewujudan Tuhan (Allah). Menurut Noordin lagi terdapat enam prinsip asas ‘teater fitrah’. Enam prinsip tersebut adalah pertamanya mempercayai bahawa beriman kepada Allah itu ialah fitrah manusia. Cara penyelesaian drama haruslah memihak kepada protagonis dan tidak dibenarkan tergantung. Kedua, pengarang menyedari matlamat dirinya dijadikan Allah iaitu untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Justeru pada drama, watak ‘jahat’ atau antagonis tidak boleh dihukum tanpa kesedaran sebaliknya ‘dijadikan insaf’. Prinsip ketiga ‘teater fitrah’ ialah akidah murni dan syariat menjadi asas kepada niat dan amal di dalam berkarya dan aspek-aspek tersebut mesti dipaparkan pada watak dan perwatakan sehingga ‘penonton merasa tergugah dan berfikir’. Seterusnya yang keempat, ‘teater fitrah’ menuntut dramatis dan penonton untuk beriman kepada Allah di mana drama haruslah mendatangkan kesan rohaniah. Kelima, Noordin Hassan mengatakan melalui ‘teater fitrah’ pembaca atau penonton ‘drama fitrah’ yang beragama Islam bakal mendapat kesan dari prinsip keempat tetapi pembaca atau penonton bukan Islam akan ‘mendapat kesan moral baik darinya’. Keenam atau yang terakhir ‘teater fitrah’ mesti dapat menyentuh perasaan misalnya adengan berjihad mempertahankan negara haruslah meninggalkan kesan patriotik serta kasihkan agama.

Pada pandangan saya, Mana Setangginya yang dipentaskan baru-baru ini menjauhi beberapa prinsip yang digariskan oleh Noordin tersebut. Kerana itulah jika ramai pengkritik memuji (dari pelbagai sudut), saya akan mengatakan pementasan ini sama sekali gagal mencapai satu maksud yang diingini pengarangnya iaitu fitrah. Sebagai sebuah teks suku sureal, suku realisme, suku post moden, suku muzikal yang bersulam intertekstualiti dengan al-Quran dan real politik sepuluh tahun lalu, apa yang digariskan oleh beliau sendiri kelihatan tidak tercapai. Bukankah Noordin menggariskan teater fitrah haruslah menghantar akidah murni sambil syariat menjadi asas kepada niat dan amal ketika pementasan? Menurut beliau, sekadar mengulang, penerapan hakikat keimanan ini supaya ‘penonton merasa tergugah dan berfikir’.

Pada hemat saya, teater fitrah telah terganggu dengan amat serius apabila watak Mira (lakonan Azizah Mahzan) mengucapkan: ’Cahaya, dari mana datang cahaya? Daripada Krishna. Lord Krishna.’ Sayugia diingatkan dialog Mira tersebut adalah intipati ajaran Wilfred Cantwell Smith dalam Towards a World Theology dan The Meaning and End of Religion (terbit tahun 1962). Smith telah menolak kebenaran agama dan menggantikan istilah agama dengan culmulative tradition (tradisi-tradisi manusia dalam sejarah yang dihimpun secara bersama termasuklah mitos, acara keagamaan yang melibatkan tradisi Hindu, Buddha, Islam dan Kristian misalnya). Itulah yang sebenarnya terpancar pada teks Mana Setangginya, himpunan tradisi Hindu, Yahudi, Kristian, Islam digaul dengan mitos, absurdisme, pendekatan korus dan tragedi ala teater Greek berbungkus kritikan politik. Untuk melegakan kekeliruan penonton dan bingung khalayak, disogok pula nyanyian demi nyanyian.

Adalah menghairankan asas pertama teater fitrah iaitu keimanan kepada Allah (dalam hal ini kemutlakan) telah dihantar dalam acuan teks dan pementasan dari tradisi luar Islam (dalam hal ini kenisbian). Adalah tidak mungkin menyuguhkan akidah yang murni dan fitrah manusia untuk mengingatkan kembali taklif (tanggungjawab dasar) khalifah Allah di muka bumi dengan ‘kerancuan’ seumpama itu.

Malah, dalam pementasan, watak-watak ‘jahat’ atau antagonis telah dihukum tanpa sempat bertaubat yang menunjukkan sekali lagi pencabulan konsep fitrah itu sendiri.

Dari segi pementasan, simbol dan lambang yang dimainkan Noordin amat kusut dan tidak diberi kod penafsiran oleh Zaifri sehingga penonton dalam keletihan untuk menerjemah dan memahami naratif. Ini mengakibatkan kesan yang diharapkan oleh Noordin menerusi fitrahnya drama Mana Setangginya bukannya kesan tergugah dan berfikir; tetapi kesan letih dan penat. Sebagai misalan, pembukaan teater amat terasa ‘liarnya’. Buah butir cerita dan dialog sukar ditangkap. Pada ketika tertentu, pasukan korus amat mengacau sehingga tampak watak Juda lakonan Tony Eusoff terganggu tumpuan. Artikulasi pelakon dan pengucapan dialog amat lemah. Dalam kekaburan teks dan kekacauan persembahan (yang terlalu bergantung kepada efek khas seperti letupan, ular gergasi, meteor, gempa bumi dan bidadari terbang) khalayak yang tidak pernah membaca Mana Setangginya ditinggalkan meraba-raba bergantung kepada watak Mira. Ini menjadikan Azizah Mahzan yang peranannya kecil terasa menonjol.

Pengarah, Zaifri Husin juga kurang kemas menangani interteks yang Noordin ambil dari al-Quran iaitu kisah kedegilan masyarakat Yahudi untuk tetap ke laut pada hari sabtu. Tumpuan pementasan adalah kepada hal-hal kecil yang sensasi seperti watak gay, pondan, watak perempuan-perempuan jalang dan adegan ‘sesat moral’. Justeru, sekali lagi fitrah Mana Setangginya terbenam di sebalik semua itu.

Pada bahagian tertentu, pementasan seakan-akan sebuah pementasan teater kanak-kanak. Seakan-akan menonton Siti di Alam Fantasi. Pelakon-pelakon tambahan bukan memainkan watak tetapi serasa ‘bermain-main’. Ini diburukkan oleh kemunculan watak pondan. Juga watak gay yang dikahwini oleh Hawar lakonan Shaharuddin Thamby. Meski mereka muncul sekejap, dan hanya berfungsi untuk menghibur estetika rendah khalayak ia sangat menyelewengkan fitrah yang mendasari Mana Setangginya. Juga menyedihkan, watak ‘penyelamat umat’ Iriam yang dilakonkan Sabrina Ali adalah watak yang latar belakangnya tidak jelas. Apa yang tertangkap pada penonton dan kekal di ingatan mereka ialah Iriam adalah anak hanyut.

Mana Setangginya ternyata adalah kebalikan dari gagasan teater fitrah yang dikemukakan oleh Noordin Hassan. Pementasannya pula menjadikan fitrah Mana Setangginya lebur entah di mana. Sepuluh tahun lalu atau sepuluh tahun akan datang sekalipun, saya kira pementasan Mana Setangginya telah mengguris-calarkan gagasan fitrah indah yang pernah dianjurkan oleh Noordin Hassan sendiri.

Tersiar di Harakah edisi - 29 Jun- 2 Julai 09. Dilarang menerbit kembali artikel ini. Hak cipta terpelihara.

01 July 2009

"Kerja BBC" di Republik Islam Iran


Menurut laporan BBC, majlis meraikan Presiden Ahmadinejad oleh ahli parlimen Iran 24 Jun lalu tidak mendapat sambutan. 290 orang ahli parlimen telah diundang ke kenduri kesyukuran itu tetapi yang datang hanya 105 orang: "More than 180 Iranian MPs appear to have snubbed an invitation to celebrate President Mahmoud Ahmadinejad's election win, local press reports say. All 290 MPs were invited to the victory party on Wednesday night, but only 105 turned up, the reports say. A BBC correspondent says the move is a sign of the deep split at the top of Iran after disputed presidential polls." Lihat sini.

Laporan portal berita yang lain iaitu International Business Time UK, tetapi masih tetap memetik BBC sebagai sumber pula, menyatakan 290 orang diundang ke kenduri Presiden Ahmadinejad tetapi 105 orang ahli parlimen tidak datang (50 ahli parlimen itu dikenali sebagai reformis): "According to a BBC report 290 MPs were invited to a party on Wednesday night but as many as 105 people did not attend." Lihat
sini.

Satu majlis yang sama dengan permainan angka yang mengelirukan?

Apakah mungkin, media asing (dengan sogokan ejen Barat bertopeng tempatan) juga berperanan membesarkan skandal tertentu dalam kalangan pemimpin kita (yang belum tentu jelas)?

30 June 2009

Faisal Tehrani di Berita Harian

Meletakkan artikel ini di sini mungkin akan menimbulkan salah faham ramai. Seakan-akan masuk bakul angkat sendiri pula. Setelah berfikir panjang, artikel pendek tulisan Saudara Salbiah Ani ini tetap saya titipkan di sini memandangkan blog ini juga merupakan satu bentuk dokumentasi untuk merakam pelbagai perkembangan tentang diri saya, tulisan saya dan apa yang orang perkatakan tentang saya. Terima kasih buat Berita Harian.

Oleh Salbiah Ani

SABAN tahun dunia sastera tanah air menyaksikan tokoh veteran negara ini menerima Anugerah Penulisan Sea, hadiah sastera berprestij peringkat rantau Asia Tenggara yang memungkinkan penerimanya mendapat layanan luar biasa dan penginapan lima bintang di negara penganjur, Thailand.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kehadiran Ogos tidak lagi membawa debar yang berpanjangan di kalangan sasterawan Malaysia kerana ia seolah-olah tidak lagi membawa sebarang makna apabila penganugerahan terbabit hanya berkisar di kalangan penganjur, sekretariat dan penerima.

Tiada lagi publisiti meluas seperti pernah dinikmatinya sebelum ini, baik sebelum penobatan melalui ‘teka-teki’ yang diwara-warakan dalam media cetak yang naskhah edarannya mencapai jutaan pembaca di seluruh negara, sehingga ramai pengarang kreatif berasa ‘iri’ dengan penerima anugerah terbabit.

Khabarnya tahun ini, Jawatankuasa Penilai Anugerah Penulisan Sea yang beribu pejabat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya menerima pencalonan kurang daripada sebelah tangan, meskipun hakikatnya Malaysia mempunyai ramai pengarang kreatif yang mengidam anugerah terbabit dan beberapa persatuan penulis masih lagi bergiat cergas.

Apakah sambutan kurang menggalakkan ini berpunca daripada sikap sekretariat yang tidak ada hubungan baik dengan pengamal media atau mereka tidak melihat kepentingan membuat sedikit pelaburan dalam bentuk iklan di media cetak berbanding majalah terbitan sendiri dengan edaran terbatas sehingga maklumat tidak sampai kepada kelompok sasar?

Atau apakah kerana persatuan penulis tidak lagi berminat untuk mengemukakan calon mereka kerana berasa dunia sastera tanah air, tidak lagi membawa sebarang makna atau calon pilihan mereka kurang berkelayakan sehingga ‘segan’ untuk dikemukakan kepada sekretariat?

Atau apakah reaksi ini mewakili protes senyap persatuan penulis dan kalangan sasterawan kerana mereka tidak berpuas hati dengan kaedah pemilihan Jawatankuasa Penilai Anugerah Penulisan Sea yang selama ini memilih calon berdasarkan genre dan mendahulukan sasterawan kelompok veteran.

Suatu hakikat yang diketahui semua bahawa bukan semua karya kelompok veteran tidak mampu ditandingi kumpulan pengarang muda dan bukan semua garapan penulis muda sampah, meskipun kebenaran hujah ini berubah mengikut individu, selain sudah ada sasterawan veteran yang mahu dinobatkan menolaknya.

Sejarah penobatan Anugerah Penulisan Sea negara ini sudah mencatatkan ada sasterawan veteran yang menolak penobatannya, iaitu Dr Fatimah Busu, apabila dimaklumkan pemilihannya pada 2005 sebagai tanda simpatinya kepada pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam Tak Bai yang tidak berdosa.

Tidakkah jawatankuasa terbabit terfikir kepentingan untuk menukar format pemilihan calon penerima berdasarkan kekerapan karya yang dihasilkan tanpa mengabaikan aspek mutu dari segi idea mahupun teknik penulisan memandangkan, Malaysia ada ramai pengarang kreatif berwibawa tanpa mengira usia?

Pendekatan ini sudah lama diamalkan negara tuan rumah, Thailand dan jiran Malaysia, Indonesia, sehingga penulis muda mereka turut dapat ditampilkan pada arena penulisan peringkat rantau selain berlaku persaingan sihat di antara kedua-dua kelompok pengarang kreatif di negara masing-masing, di samping ada yang menerima lebih daripada sekali.

Seorang mantan sarjana sastera yang juga sasterawan ketika ditanya mengenai perkara ini berkata, Bahagian Pengembangan Sastera DBP wajar menimbangkan cadangan terbabit memandangkan Malaysia mempunyai ramai calon yang boleh dikemukakan dengan sesetengahnya hampir kecewa dengan putaran penggiliran mengikut genre.

“Jika pendekatan ini menjadi amalan berterusan saya bimbang akan ada kalangan sasterawan muda berwibawa yang bosan ‘menunggu’ dan akhirnya hanya berasa nikmat pengiktirafan itu selepas mencecah usia jubli emas atau lebih malang hanya sesudah ‘menutup mata’,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara terbabit.

Pada mata pengkaji ini, calon pengarang muda paling layak untuk dipertimbangkan ialah Faisal Tehrani dengan mutu karya tidak boleh dipersoalkan, seiring dengan kepelbagaian genre diceburi daripada cerpen, novel, drama dan esei, di samping teknik penulisan membanggakan sehingga mampu menarik perhatian pengkaji.

Malahan, sesetengah novel garapannya yang menerapkan unsur sejarah dan futuristik sains seperti Detektif Indigo, 1511 Hijrah Combat, Ikan Fugu, Lukisan dan Jinson serta Manikam Kalbu, turut menambat perhatian remaja termasuk kelompok pembaca yang masih di sekolah menengah.

Faisal Tehrani dikatakan mendahului beberapa saingannya di kalangan generasi muda seperti Shamsudin Othman (puisi, cerpen), Rahimidin Zahari (puisi, cerpen), Marsli NO (cerpen, puisi, novel, drama pentas/tv) dan Abdul Hadi Yusof (puisi), tanpa menafikan setiap daripada mereka mempunyai kekuatan mengikut genre masing-masing.
Bagaimanapun, pengkaji ini tidak melihat adanya pengarang kreatif wanita generasi muda negara ini yang wajar dicalonkan untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Penulisan Sea memandangkan karya mereka belum cukup matang dan kepelbagaian genre mereka masih terbatas.

“Saya bukan mahu bersikap male chauvinist dalam hal ini, tetapi saya tidak nampak sebarang calon di kalangan wanita termasuk mereka yang karyanya sedang dijadikan teks Komponan Sastera Dalam Bahasa Melayu (Komsas) layak dicalonkan untuk hadiah ini,” jelasnya.

Negara ini juga dilihat tidak wajar menggunakan format penggiliran mengikut bangsa seperti amalan Singapura dalam menjaga hati semua kaum kesan negara republik itu mengiktiraf empat bahasa rasmi iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil, selain dilihat kurang bijak untuk menggilirkannya mengikut negeri.

Malaysia menyaksikan Datuk (Dr) A Samad Said sebagai calon pertama yang menerima anugerah terbabit pada 1979, Datuk Baha Zain (1980), SN Datuk Abdullah Hussein (1981), SN Allahyarham Usman Awang (1982), Adibah Amin (1983), A Latiff Mohidin (1984), SN Allahyarham Arena Wati (1985) dan Datuk Dr Kemala pada 1986.

SN Datuk Noordin Hassan pula menerimanya pada 1987, diikuti Azizi Abdullah (1988), Dr Siti Zainon Ismail (1989), SN Allahyarham S Othman Kelantan (1990), Jihaty Abadi (1991), Ismail Abbas (1992), Allahyarham Kamaruzzaman Abdul Kadir (1993), Prof Dr A Wahab Ali (1994), Suhaimi Muhammad (1995) dan Zaharah Nawawi (1996).

Prof Dr Muhammad Salleh pula tampil sebagai sarjana sastera kelima yang menerima anugerah terbabit pada 1997, disusuli Allahyarham Dr Othman Puteh (1998), Khadijah Hashim (1999), Dr Lim Swee Tin Malaysia (2000), Zakaria Ariffin (2001), Datuk Dr Anwar Ridhwan (2002), Prof Madya Dr Zakaria Ali (2003), Zurinah Hassan (2004), Abdul Ghafar Ibrahim (2005), Jong Chian Lai (2006), Prof Madya Rahman Shaari (2007) dan tahun lalu Prof Dr Hatta Azad Khan.

Sumber Berita Harian 18 Jun 2009.

29 June 2009

Maaf Dari Sorga

PERCAYA atau tidak Maaf Dari Sorga saya tulis sewaktu masih di bangku sekolah. Saya peram bertahun lamanya, dan saat didekati oleh sebuah penerbitan pada tahun 2003, saya kehilangan tenaga untuk mengarang karya baharu. Apa yang ada dalam simpanan saya serahkan. Maka begitulah Maaf Dari Sorga, manuskrip novel pertama saya diterbitkan setelah bertahun-tahun saya dikenal sebagai pengarang.

Kerana itulah novel ini dirasai pucuk dan lancar. Pun sebagai ‘karya pertama’ yang dikarang ketika masih belajar, hari ini saya dapat menghimbau dan belajar banyak menerusinya.

Karya ini mengalami perubahan, lapis-lapis pembaikan setelah itu khususnya saat saya mulai mengenal penulisan kreatif secara teratur menerusi arwah Dr Othman Puteh dan Zaharah Nawawi. Kala itu saya sedang menuntut di matrikulasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Nilam Puri. Terima kasih juga buat Khairul Nizam Abdul Raub yang dengan baik hati menawar diri untuk menaip semula manuskrip yang saya tuliskan dengan tangan dan mesin taip ini. Jika tidak, Maaf Dari Sorga akan terbenam berhabuk dalam himpunan manuskrip lama saya yang terlupakan.

Posisi penting Maaf Dari Sorga dalam perjalanan kepengarangan saya ialah terdapatnya percikan wacana meski tidak mendalam. Modal ini telah membawa saya bereksperimen dalam banyak karya saya kemudiannya. Lebih penting di sebalik kisah seram yang cuba ditampilkan, masih ada ideologi berbumbu akhlak dan etika keIslaman menunjangi novel ini. Pengaruh ‘Risalah Usrah’ karya Abu Urwah (YB Saari Sungib) misalnya menjadi satu potongan penting dalam Maaf Dari Sorga.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih buat Maryam Musa yang telah membantu saya membina latar Sydney dengan segar meski saya masih belum berkesempatan menjejakkan lagi di kota selatan tersebut.

Saya berharap penerbitan semula Maaf Dari Sorga dapat menjadi satu rekod dan dokumentasi untuk pengkaji dan pembaca yang ingin memahami proses yang telah saya lalui sebagai seniman.

Semoga pakej baharu karya ini akan memberi lebih banyak keadilan dan kesaksamaan buat saya sebagai pengarang yang sering disalahertikan.

27 June 2009

Anak Wayang dan Pilih Kasih

Maafkan saya, kalau berasa rimas dengan budaya pop murahan; khusus mencari bintang-bintang menerusi rancangan realiti di kaca televisyen. Ada produk rancangan tersebut kini, ajaib sekali, telah menjerat sahabat saya sendiri. Ia memang murah. Ia mendorong penonton menghabiskan masa yang disebut oleh Allah sebagai mereka yang rugi. Kerana tunjang rancangan murahan itu tidak ada keimanan kepada Allah, tidak ada amal soleh, sambil tidak pula berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Adakah saya anti rancangan realiti di televisyen?

Tidak. Kalau ia berguna.

Mari saya beri cadangan yang lebih bermaruah dan mendatangkan manfaat buat ummah.

Pernahkah anda mendengar Star of Science (Bintang Sains: klik
sini)?

Ia adalah sebuah rancangan realiti televisyen anjuran Qatar Foundation for Education, Science and Community Development. Ia dihoskan oleh Khalid Al-Jumaily, dari Qatar. Program ini berlangsung dari 29 Mei sehingga 26 Jun lalu. Terdapat 5 episod waktu perdana dengan durasi masa 90 minit. 20 episod harian, dari hari ahad ke hari khamis. Rancangan ini dirakam di Doha, Tunis, Kaherah dan Beirut. Ia ditayangkan di 15 buah negara khusus negara yang bertutur dalam bahasa Arab.

Ia tentang apa?

Setiap hari penonton akan menyaksikan 16 peserta berusia antara 21 hingga 31 tahun (dari 11 negara) menerokai pelbagai bidang sains untuk mencipta pelbagai alatan yang berguna bagi kegunaan orang awam. Bidang sains tersebut melibatkan bidang fizik, kimia, kejuruteraan dan lain-lain. Mereka diberi kemudahan makmal dan bengkel. Dibantu dengan krew yang tangkas. Peserta kebanyakannya adalah pelajar sains. Mereka akan memberi penjelasan saintifik dan menunjukkan bagaimana alat yang mereka cipta itu dapat digunakan. Dalam masa yang sama, syarikat yang berminat boleh membida produk sains tersebut. Justeru mereka berpeluang memasarkan hasil ciptaan ke dunia luar. Terdapat beberapa wanita dalam kalangan peserta. Ini begitu membanggakan. Pemenang yang berjaya mendapat USD 300,000 dan barangannya tentu akan diberi perhatian oleh pelbagai firma atau syarikat yang berkenaan dengan bidang sains yang mereka terokai.

Penonton bukan sahaja bertambah pandai, peserta juga didedahkan dengan interaksi bersama saintis terkemuka yang akan menjadi juri. Antaranya ialah Dr. Sadeg M. Faris (dari Libya), Dr William Sawaya (dari Lubnan), dan tokoh pemasaran produk, iaitu Dr. Mona Zaki (dari Mesir).

Di akhir penonton akan memilih menerusi sms, di mana penonton akan memilih barangan manakah yang paling munasabah dan praktis mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Jadi, pemilihan sms bukan berdasarkan nafsu kerana muka si peserta itu jelita atau jambu.

Dua peserta terakhir ialah Bassam Jel'a berumur 22 tahun, seorang pelajar kejuruteraan robotik dari Lubnan yang mencipa alat elektronik yang berguna memainkan semua instrumen muzik Arab. Ciptaan atau inovasi kedua datang daripada Mohammad Othman Farah berusia 26 tahun, dan berasal dari Sudan. Beliau mencipta sejenis alat memeriksa kualiti minyak masak dengan menggunakan laser. Alat tersebut tentu sahaja murah dan boleh digunakan oleh tukang masak atau chef di restoran.

Pemenangnya ialah Bassam.

Mengapakah kita masih mencari lagi bintang-bintang murahan untuk memeriahi dunia pop dan hedonisme kita yang sudah cukup bobrok? Mengapakah kita kekal bangkrap idea, dan muflis kreativiti? Bagaimana ilmuan kita boleh terheret sama?

Tidakkah boleh kita mencari bintang yang membawa hasil untuk masyarakat? Dengan rancangan seperti 'Bintang Sains' tadi adik Nik Nur Madiha yang bijak misalnya dapat menunjukkan kebolehan mencipta sesuatu.

Argh, mengapakah kita yang mahu mengejar wawasan 2020 (ada sedekad lagi), masih mencari bakat anak wayang dan pilih kasih untuk membintangi filem murahan tentang mat rempit, pelacur, bohsia dan samseng?

Tidakkah menyedihkan nilai masyarakat kita hari ini?

26 June 2009

Michael Jackson

Teman saya menghantar sms: 'Michael Jackson dah mati kejap tadi. Patutkah aku baca al-Fatihah untuknya?'

Saya menyangkakan ia lawak kerana teman saya itu memang suka berjenaka yang bukan-bukan. Tetapi benar Michael Jackson sudah meninggal dunia. Saya bukanlah peminat Michael Jackson. Ketika menuntut di Universiti Malaya, saya ingat Michael pernah menyanyi di Kuala Lumpur dan membeli-belah di One Utama, Damansara. Itu saja ingatan saya tentang Michael Jackson.

Lain dari itu kita juga selalu jengkel dengan berita dan khabar pelik tentangnya. Salah satu yang menuntut rasa skeptis ialah adanya berita sensasi Michael Jackson menganut Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel (sini).

Majlis memeluk Islam pada tahun 2007 itu dikatakan dianjurkan di rumah pemain keybord band Toto dan komposer musik pada album Thriller, Steve Porcaro (51), Hollywood Hill, Los Angeles. Turut hadir komposer dari Kanada, David Warnsby (Daud Warnsby Ali) dan produser album Phillip Bubbal (Idris Phillips). Abang Michael Jackson, Jermaine Friday yang kini menetap di Dubai, memeluk Islam pada tahun 1989.

Apa yang menyenangkan hati saya saat ini, tatkala membuka saluran berita CNN dan BBC, tiada lagi berita palsu dari Tehran masuk. Mereka kini disibukkan dengan Michael Jackson, ya, sekurang-kurangnya, untuk beberapa hari lagi.

Foto Michael Jackson menyarung abaya (pakaian tradisi wanita negara Teluk) di Manama, Bahrain.

25 June 2009

NED, Chavez, dan Ahmadinejad dalam Siasah Edisi Ahad Ini

Sinema Spiritual dalam Siasah minggu ini akan menyorot dokumentari arahan John Pilger (foto di atas) berjudul 'The War On Democracy'. Dalam dokumentari ini beliau membongkar modus operandi CIA dalam menjatuhkan kerajaan yang ada, termasuk usaha kudeta melengserkan Hugo Chavez lapan tahun lalu. Saya kemudian mengaitkannya dengan apa yang berlaku di Tehran hari ini. Dapatkan Siasah ahad nanti.

Petikan artikel:

"Selapis demi selapis John Pilger membongkar kudeta yang sebenarnya dirancang oleh CIA. Bertahun-tahun Amerika Syarikat mengerahkan seluruh jentera yang ada khususnya media untuk menyediakan basis konspirasi dahsyat ini. Salah satu jentera di bawah CIA tersebut ialah NED. Apakah NED? NED ialah National Endowment for Democracy. NED berfungsi untuk menyalurkan dana bagi menjatuhkan kerajaan di negara yang tidak memihak kepada Amerika Syarikat. Atau di negara yang Amerika Syarikat percaya tokoh buah hatinya akan lebih ‘berfungsi’. Di Venezuela, lebih dua juta dolar disalurkan kepada pembangkang untuk menjatuhkan Chavez.

Dokumentari ini sangat penting untuk ditonton. Kita akan memahami anatomi penipuan, helah, cara kerja Rumah Putih dalam menyediakan boneka Amerika di negara yang mereka sasarkan. Sejak 1945, menurut kajian Pilger, Amerika Syarikat telah berusaha menjatuhkan lebih 50 buah kerajaan yang demokratik supaya ia pro Washington.

Inilah yang sedang dilakukan oleh NED di Malaysia dan Republik Islam Iran. Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir NED terlanjur mengatakan dalam ucapannya di sebuah majlis di Washington beberapa hari sebelum pengundian di Iran, berbunyi begini: “There’s the talk of a ‘green revolution’ in Tehran.” Gerakan hijau yang beliau maksudkan tidak lain tidak bukan ialah gerakan pembangkang atau reformis yang diketuai Mir Houssein Mousavi. Kempen Mousavi menggunakan warna hijau. Dan kita semua tahu betapa media selama bertahun-tahun menggambarkan Presiden Ahmadinejad sebagai fasis anti Zionis yang tidak cekap mengurus ekonomi.

Tidakkah ada persamaan apa yang menimpa Chavez hampir sepuluh tahun lalu dengan apa yang dilalui Ahmadinejad hari ini? Siapakah pembunuh sebenar Neda Agha-Soltan, remaja yang ditembak mati oleh penembak hendap dari atas bumbung di Tehran? CNN mendakwa Neda dibunuh oleh Basiji (kumpulan para militari yang setia kepada Ayatullah Ali Khamanei). Tetapi tidak pernah ada pembuktian. Malah video pembunuhan Neda yang kini boleh dimuat turun dari youtube dan dihebahkan menerusi twitter di seluruh dunia kononnya menjadi ikon untuk menjatuhkan Imam Ali Khamenei."

24 June 2009

Sang Bedebah Separa Negro


Bedebah muka tidak tahu malu berkulit hitam dari Rumah Putih memberi amaran kepada Republik Islam Iran konon pihak berkuasa Iran terlalu ganas menangani samseng yang membakar bas, merosakkan tiang lampu, menjahanamkan telefon awam dan membaling batu ke masjid di Tehran utara. Menurut Obama, samseng-samseng ini, yang menghalang orang keluar bekerja adalah pejuang hak asasi, pemprotes kebebasan dan pencinta keadilan. Kata bedebah berkulit hitam itu: "I strongly condemn these unjust actions, and I join with the American people in mourning each and every innocent life that is lost. We deplore the violence against innocent civilians anywhere that it takes place. Those who stand up for justice are always on the right side of history."

Macam sial, dalam masa yang sama dia mengucapkan kata-kata hipokrit itu drone Amerika Syarikat sedang mengebom Selatan Waziristan di Afghanistan, konon, untuk mensasarkan pengganas Taliban. Tetapi yang menjadi mangsa dan terbunuh ialah 45 orang kampung (lihat
sini dan sini).

Kalau ada ahli politik dari Malaysia khusus dari parti pembangkang yang menjilat punggung Obama ini maka kita tahu dengan jelas siapa pula ejen bedebah ini di sini. Tambah-tambah kalau dia ada hubungan dengan Reza Aslan dan Ibrahim Yazdi. Jaga-jaga; Dr Harun Din pun sudah berpesan, musuh Islam sedang menyusup masuk. Dalam zaman di hujung dan dajjal mulai mengintai untuk keluar - berhati-hatilah dengan setiap 'berita' dan 'si pujuk rayu' yang datang kepada kita. Kerana saat dajjal menggoda, ayatullah dan tok guru pun ada yang kesasar nanar.

* Klik foto di atas untuk melihat sendiri bagaimana sekeping gambar menjelaskan seribu kata-kata. Sesungguhnya Amerika sedang kecewa kerana gagal menjatuhkan kepimpinan Wilayatul Faqih di Iran sama seperti kecewanya Amerika ketika gagal menjatuhkan Hugo Chavez lebih lapan tahun lalu dalam satu kudeta keji selama 48 jam.

Terima Kasih Abang Khairy

Argh betapa berbulunya membaca tajuk di atas. Berbulu atau togel rasa di hati anda tidak penting. Abang Khairy, Ketua Pemuda Umno ternyata berbeza dengan Ketua Pemuda sebelumnya (argh anda pun tahu siapa. Yang pukul gendang perang ke atas along itulah!) dan abang Khairy juga berbeza dengan Tun (bukan Tun bapa mertuanya). Walaupun penyataan sikap ini agak lewat, kita terima juga. Kerana ia tidak liwat. Memang murid dan pelajar di sekolah jangan dimangsai sebagai bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," Begitu kata abang Khairy Jamaluddin dalam blognya.

Abang Khairy mengulas laporan Tan Sri Muhyiddin, 'Timbalan Perdana Menteri rakyat kita' yang mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal, yakni tidak memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik.

Baru inilah abang Khairy berani menyatakan tentang kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) yang dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu telah menyatakan dasar PPSMI gagal total. Sampel PEMBINA adalah 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.

Abang Khairy menukil lagi meskipun agak terlambat kerana kita telah pun tahu lama - "Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

PEMBINA, menurut abang Khairy mendapati di sekolah rendah, sumbangan PPSMI adalah rendah khusus bagi mata pelajaran Sains. Ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris. Di Sekolah Menengah Aliran Sastera pula bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya juga dikatakan rendah. Bagi Matematik ia hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains. Di Sekolah Menengah Aliran Sains pula hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan. Hai, kalaulah UMNO dari dulu mendengar suara intelektual Melayu tidaklah begini jadinya.

Syukurlah ada orang pandai macam abang Khairy dalam UMNO. Kita mengalu-alukanlah sikap abang Khairy itu meski ya, dapat disorot sebagai terhegeh sedikit. Sebenarnya, lebih cantik kalau waktu Pak Samad kena sembur gas pemedih mata dulu abang Khairy mengeluh begini. Lagi tinggi darjat abang Khairy. Tapi tak apalah. Kira okay juga dari tiada. Sebab kalau abang Khairy langsung diam, kami puak-puak anti PPSMI ini akan berarak lagi sambil menjerit slogan pontianak harum sundal malam: 'Pulangkan...Pulangkan.'

Sekali fikir, mujur juga abang Khairy yang jadi Ketua Pemuda, kalau orang lain yang naik hari itu tak tahulah. Makin terlungkup agaknya lagi bahasa Melayu. Wajarlah 'Perdana Menteri Rakyat' kita menimbang untuk melantik abang Khairy jadi timbalan menteri (paling kuranglah) kerana dalam ramai-ramai pemimpin UMNO yang tidak peduli nasib bangsa, paling tidak abang Khairy menyerlah dan bersikap. Hebatnya, itu abang Khairy lakukan tanpa perlu mencium keris kontot pun. Sukalah hati kita. Untuk jasa baik abang Khairy meski terlambat itu kita ucap terima kasih.

Dalam bahasa PPSMI, untuk membuktikan kami bukan anti bahasa Inggeris, mungkin wajar diucapkan. "Thank you bro, we love you bro."